Feb 13, 2011

erTi Valetine's daY

Erti Valentine Day (Hari Kekasih) :::..
      NABI Muhammad s.a.w. merupakan Rasulullah yang bertanggungjawab menyebar Islam kepada umatnya setelah melalui pelbagai keperitan dan kejerihan. Paderi St. Valentino pula merupakan seorang paderi utama yang hidup pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dan merupakan antara orang terpenting yang menjatuhkan dan menzalimi umat Islam Cordova, Sepanyol pada zaman lampau.
          Rasulullah lahir pada 12 Rabiulawal manakala tarikh kejayaan St. Valentino dan konco-konconya menawan Cordova daripada umat Islam ialah pada 14 Februari. Tetapi apa yang peliknya terutama di kalangan umat Islam sendiri, tarikh 14 Februari lebih senang untuk diingati berbanding 12 Rabiul Awal itu sendiri.
         Setiap tahun 14 Februari diingati sebagai Hari Kekasih yang di kalangan sesetengah umat Islam amat rugi jika dilupakan. Hari ini ia sekali disambut lagi dengan pelbagai acara yang dianggap oleh pasangan kekasih paling istimewa. Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga dan sebagainya. Ada pula yang berpendapat, Hari Mengingati Kekasih juga adalah untuk mengingati orang lain yang dikasihi selain kekasih seperti ibu bapa dan sebagainya.
         Misalnya, di Sarawak tahun lalu, media-media tempatannya juga tidak terkecuali. Tanpa mengira sama ada sidang pengarangnya terdiri daripada umat Islam atau tidak, ada media yang mengucapkan Selamat Hari Valentine, menganjurkan Pertandingan Hari Valentine malah ada juga media Melayu tempatan yang menganggap Hari Valentine sebagai legenda pada tajuk salah satu rencananya. Malah ada juga media elektronik yang mewujudkan satu program hiburan sempena Hari Valentine. Siapakah sebenarnya orang yang bernama Valentine ini sehingga diangkat begitu agung sekali dan di kalangan umat Islam sendiri popularitinya melebihi Rasulullah.
          Pensyarah Perbandingan Agama, Akademi Islam, Universiti Malaya, Khadijah Mohd. Hambali berkata, Valentine atau nama sebenarnya St. Valentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Pope. Kaitannya dengan Hari Valentine yang disambut oleh masyarakat dunia hari ini termasuk di kalangan umat Islam sendiri mempunyai dua versi.
          Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Ratu Isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum di samping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun sekaligus mengenangnya sebagai mengingati St. Valentino sebagai rakyat Cordova. Sehingga ke hari ini, peristiwa kemenangan St. Valentino tersebut terus diingati dan rakyat Cordova mengingatinya semula dengan melakon semula kejayaan tentera Ratu Cordova Isabella itu.
           Menurut versi kedua pula, St. Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana lain agama, St. Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua. Apabila ditanya Ratu Isabella apakah bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St. Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu. Ini terus menimbulkan kegemparan di kalangan rakyat Cordova sendiri kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan sementelahan lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St. Valentino lantas memenjara sementara paderinya itu. Begitupun, baginda tetap mahu cuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari sebagai Hari Mengingati Kekasih yang diuntukkan khas untuk St. Valentino sendiri.
           Berdasarkan kedua-dua versi itu, apakah asas yang kukuh sehingga umat Islam sendiri menganggap Hari Valentine itu begitu istimewa lebih-lebih lagi pada bulan Syawal yang mulia ini. Atau pun, mereka hanya mengikut budaya Barat secara membuta tuli sedangkan tidak mengetahui siapakah sebenarnya St. Valentino itu. Jika pun ingin mengingati kekasih atau orang-orang yang disayangi yang lain, tidak semestinya ia disambut pada setiap 14 Februari. Sambutan boleh juga dijalankan pada setiap kali tibanya hari kelahiran orang-orang yang disayangi melalui acara-acara yang lebih diredai seperti berkenduri doa selamat atau sebagainya. Bukankah Rasulullah sepatutnya lebih diingati setiap tahun kerana bagindalah manusia yang paling mencintai umatnya

VaLenTiNe's dAy...

HARI VALENTINE: Hari Memperingati Kekasih atau... ?

Terdapat berbeza-beza pendapat tentang asalnya Hari Valentine. Sesetengah pakar menyatakan bahawa ia bermula daripada St. Valentine, seorang berbangsa Rom yang mati demi mempertahankan agama Kristian. Beliau meninggal dunia pada 14 Februari 269 A.D. Ada legenda mengatakan bahawa St. Valentine telah meninggalkan nota untuk mengucapkan selamat tinggal kepada anak perempuan seorang pegawai penjara, yang telah menjadi sahabatnya, dan menandatangani nota tersebut dengan kata-kata "Daripada Valentine Anda". Kisah tersebut turut mengatakan bahawa St. Valentine telah berkhidmat sebagai seorang paderi di gereja semasa pemerintahan Maharaja Claudius. Claudius telah memenjarakan Valentine kerana mengingkarinya. Dalam tahun 496 A.D. Pope Gelasius telah memperuntukkan tarikh 14 haribulan Februari bagi menghormati St. Valentine.
         Lama-kelamaan, 14 Februari telah menjadi suatu tarikh untuk pasangan-pasangan kekasih berbalas-balas mesej-mesej cinta dan St. Valentine telah menjadi "penaung" kepada mereka yang bercinta. Tarikh tersebut diperingati dengan menghantar puisi-puisi dan hadiah-hadiah yang ringkas seperti bunga dan gula-gula. Perjumpaan sosial atau majlis tari-menari selalu juga diadakan. Di Amerika Syarikat, Esther Howland telah diberikan penghargaan untuk menghantar valentine yang pertama. Valentine komersil telah diperkenalkan dalam tahun 1800an dan sehingga kini tarikh itu begitu popular.


Sejarah Hari Valentine

Hari Valentine bermula dalam zaman Empayar Rom. Pada zaman purba Rom, 14 Februari merupakan hari cuti bagi menghormati Juno. Juno ialah ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Orang-orang Rom juga mengenalinya sebagai dewi wanita-wanita dan perkahwinan. Hari berikutnya, 15 Februari, bermulalah Pesta Lupercalia.

      Pada masa itu kehidupan pemuda-pemuda dan gadis-gadis betul-betul diasingkan. Walaubagaimanapun, salah satu tradisi di kalangan golongan muda pada masa itu ialah cabutan nama. Pada malam pesta Lupercalia, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama seorang gadis dari bekas tersebut dan kemudian menjadi pasangannya sepanjang pesta itu. Kadang-kala pasangan tersebut berkekalan selama setahun, dan selalunya mereka akan jatuh cinta dan kemudian berkahwin.

         Di bawah pemerintahan Maharaja Claudius II, Rom telah banyak terlibat dalam kempen-kempen yang tidak disukai dan banyak menumpahkan darah. Claudius yang kejam itu telah menghadapi kesukaran untuk mengerahkan askar-askarnya untuk turut serta dalam liga tenteranya. Dia percaya bahawa sebab utamanya ialah lelaki-lelaki Rom tidak mahu meninggalkan kekasih atau keluarganya. Akibat daripada itu, Claudius II telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan di Rom.

        Saint Valentine merupakan seorang paderi di Rom pada zaman Claudius II. Dia dan Saint Marius telah membantu orang-orang Kristian yang mati demi agama dan mengahwinkan pasangan-pasangan secara rahsia. Akibat daripada perbuatannya ini Saint Valentine telah ditangkap dan diheret untuk menghadap Pengawas Rom yang menghukumnya dengan memukul menggunakan belantan sehingga mati dan memenggal kepalanya. Dia telah mati akibat penderitaan itu pada 14 Februari, lebih kurang dalam tahun 270. Pada masa itu telah menjadi adat di Rom (adat yang sangat kuno) untuk meraikan Lupercalia dalam bulan Februari, pesta untuk menghormati dewa pagan. Di pesta itu, di tengah pelbagai upacara jahiliah, nama-nama gadis akan diletakkan di dalam sebuah kotak dan satu nama akan dicabut oleh pemuda mengikut nasib.

         Pastor-pastor gereja Kristian terawal di Rom berikhtiar untuk menghapuskan unsur jahiliah di dalam pesta-pesta dengan menggantikan nama-nama gadis dengan nama-nama saints. Ketika Lupercalia hendak bermula pada pertengahan Februari, pastor-pastor telah memilih Hari Saint Valentine untuk meraikan pesta yang baru itu. Jadi nampaknya kebiasaan pemuda memilih gadis untuk valentine, atau "saints" sebagai penaung untuk tahun berikutnya, bermula dengan cara ini.


NOTA: Bagi remaja Islam, ketahuilah...apakah sebenarnya yang diraikan sempena Hari Valentine. Fikirkanlah, adakah wajar ia disambut di kalangan masyarakat Islam. Islam ada cara-caranya yang sendiri dalam memperlihatkan kasih sayang dan memilih jodoh. Quran dan Hadis telah memberi garis panduan tentang perkara ini. Wallahualam

Feb 12, 2011

F-A-M-I-L-Y

   F-A-M-I-L-Y

I ran into a stranger as he passed by,
"Oh excuse me please" was my reply.
He said, "Please excuse me, too;
I wasn't really watching for you."
We were very polite, this stranger and I.
We went on our way and we said good-bye.

But at home a different story is told,
How we treat our loved ones, young and old.
Later that day, cooking the evening meal,
My son stood beside me very still.
When I turned, I nearly knocked him down.
"Move out of the way," I said with a frown.
He walked away, his little heart broken.
I didn't realize how harshly I'd spoken.

While I lay awake that night in bed,
a still small voice came to me and said,
"While dealing with a stranger, common courtesy you use,
But the children you love, you seem to abuse.

Go and look on the kitchen floor,
You'll find some flowers there by the door.
Those are the flowers he brought for you.
He picked them himself: pink, yellow and blue.
He stood very quietly not to spoil the surprise,
You never saw the tears that filled his little eyes."

By this time, I was feeling very small,
And then my tears began to fall.
I quietly went and knelt by his bed;
"Wake up, little one, wake up," I said.
"Are these the flowers you picked for me?"
He smiled, "I found 'em, out by the tree.
I picked 'em because they're pretty like you.
I knew you'd like 'em, especially the blue."


I said, "Son, I'm very sorry for the way I acted today;
I shouldn't have yelled at you that way."
He said, "Oh, Mom, that's okay. I love you anyway."
I said, "Son, I love you too, and I do like
the flowers, especially the blue."


So what is behind this story?
Are you aware that if we died tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of days.

But the family we left behind will feel the loss for the rest of their lives. And come to think of it, we pour ourselves more into work and accumulating things, than into our own family---- an unwise investment indeed,don't you think?
Author: Uknown


FAMILY=(F)ATHER (A)ND (M)OTHER, (I) (L)OVE (Y)OU !

*********************************************
"He is not of us who is not affectionate to the little ones, and does not respect the old; and he is not of us, who does not order which is lawful, and prohibits that which is unlawful." (Ibn Abbas(R.A.): Tirmizi)
"Note! all of you are the shephards(guardians) and all of you are(responsible) to be questioned for your flock(those under your guardianship)." (Abdullah bin Umar(R.A.) - Bukhari)
"There is no greater boon to one's children than to to teach them to behave well" (Abu Ayyub bin Abu Musa(R.A.) - Tirmizi)
"Once the Prophet(sallallahu alaiyhi wassallam) was asked:'Tell us, which action is dearest to Allah?' He answered:'To say your prayer at its proper time.' Again he was asked: 'What comes next?' He(sallallahu alaiyhi wassallam) said: 'To show kindness to parents.' 'Then what?' he was asked, 'To strive for the cause of Allah!' " (Ibn Masad(R.A.) - Bukhari)


 
© 2009 | mUjAhidAh SoLeHah | Por Templates para Você | This template is brought to you by : allblogtools.com