Jan 30, 2011

VaLenTine's dAy : HaRam DaLaM iSLAm

tEmAn Di DalAm KuBuR


Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al - Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".  Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al - Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.
Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.
Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu.  Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan. Tetapi orang yang
kacak itu akan berkata :   "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!".
Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:  "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat".
"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi"
Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga"
Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.
Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu   memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada dialam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia.
Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al - Quran dan jadikalah ia teman didunia dan pemberi syafaat di Akhirat.  Semoga Allah swt memberikankita restu dan hidayahnya.....AMIN!!!

Jan 20, 2011

iLmu Itu Ibadah

“Pelajarilah Ilmu.
Barang Siapa Yang Mempelajarinya Karena Allah, Itu Taqwa
Menuntutnya, Itu Ibadah.
Mengulang-Ulangnya Itu Tasbih.
Membahasnya, Itu Jihad.
Mengajarkannya Kepada Orang Yang Tidak Tahu, Itu Sedekah.
Memberikannya Kepada Ahlinya, Itu Mendekatkan Diri Kepada Allah.”
(Ahusy Syaih Ibnu Hibban Dan Ibnu Abdil Barr)
“ Sebelum Kedua Telapak Kaki Seseorang Menetap Di Hari Kiamat Akan
Ditanyakan Tentang Empat Hal Lebih Dahulu:
Pertama Tentang Umurnya Untuk Apakah Dihabiskan,
Kedua Tentang Masa Mudanya Untuk Apakah Digunakan,
Ketiga Tentang Hartanya Dari Mana Ia Peroleh Dan Untuk Apakah
Dibelanjakan,
Dan Keempat Tentang Ilmunya, Apa Saja Yang Dia Amalkan Dengan
Ilmunya itu.”
( HR. Bukhari- Muslim)

Us.Akhil hayy ( MenGhAyAti IsLaM )

Jan 19, 2011

HiKmAh Di SeBaLiK 5 JaRi

Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan. Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan. Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda?? Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan. Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat. Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda. Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-limanya itu. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???"

Jan 17, 2011

pEnUhKAn HAti DeNGaN ZiKrULLah

Bukan setakat bertahmid, bertakbir dan menyebut nama Allah s.w.t sahaja. Malah apa jua cara pun yang boleh menyebabkan kita boleh mengingati Allah, maka itu adalah zikir. Misalnya dengan kita, melihat kepada pokok-pokok, lautan, gunung dan alam keseluruhan yang menyebabkan kita ingat kepada Allah, maka itu dinamakan zikir. Begitu juga apabila kita terdengar orang mendapat sakit, musibah dan bencana, lalu kita insaf dan ingat kepada Allah, maka itu juga dinamakan zikir.
Zikir adalah merupakan salah satu tradisi orang soleh. Bagi orang-orang soleh, berzikir merupakan hubungan jiwanya dengan Allah pada setiap waktu waktu sama ada dalam kesusahan atau di dalam aman, waktu berdiri, duduk atau berbaring. Dengan zikir jiwa mereka cergas, sihat dan kuat. Orang yang sedemikian bermakna jiwanya sentiasa hidup. Orang yang tidak dapat mengingati Allah bererti jiwanya telah mati., hatinya keras dan payah sekali untuk menerima kebenaran. Selain daripada itu orang yang berzikir amat payah sekali untuk digoda dan diajak oleh Syaitan dan nafsu untuk melakukan kemaksiatan dan kemungkaran.
Kebanyakan hati manusia dikalahkan oleh Syaitan yang telah berjaya menyerap masuk ke dalam hatinya dengan pengaruh nafsu. Sehingga hati itu memilih keduniaan dan melupakan akhirat. Hal ini tidak dapat dikalahkan melainkan manusia itu kembali kepada zikir Allah (mengingati Allah). Berkata Jabir bin Ubaidah Al Adawi: Saya pernah mengeluh kepada Al A'la bin Ziyad: tentang was-was yang terdapat di dalam dada saya. Maka ia berkata: Bahawa Hati itu umpama sebuah rumah yang dilalui beberapa pencuri. Pencuri-pencuri itu berusaha mencuri apa-apa yang menjadi kegemarannya di dalam rumah tersebut. Tetapi jika di dalam rumah tersebut tidak mempunyai apa-apa, maka pencuri-pencuri itu akan melalui sahaja rumah itu dan akan meninggalkannya. Yakni hati yang bersih daripada syahwat nafsu tidak akan dimasuki Syaitan.
Kerana itu Allah berfirman: "Sesungguhnya hamba-hambaKu itu tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) ke atas mereka." (Bani Israil: 65)"
Bahawasanya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka diganggu oleh Syaitan, lantas mereka ingat kepada Allah (berzikir), maka jika begitu mereka akan melihat." (Al A'raf: 201)
Untuk mengalahkan Syaitan hati perlu diisi dengan zikrullah dan iman. Dosa samada kecil atau besar adalah perosak dan peruntuh iman. Orang yang benar-benar mahu memelihara dan meningkatkan iman, janganlah melakukan dosa. Kalau terbuat cepat-cepatlah istigfar dan bertaubat kepada Allah.
Jika tidak Syaitan akan menjalankan tipudayanya. Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w pernah berkata : "Sesungguhnya Syaitan itu telah menaruh belalainya pada hati manusia. Maka apabila manusia itu ingat kepada Allah (zikrullah), mundurlah Syaitan dan apabila ia lupa kepada Allah, maka Syaitan itu menelan hatinya."
Untuk mengisi masa lapang (tidak membuang masa), maka penuhkan hati dengan ingat kepada Allah iaitu zikrullah. Jikalau tidak masa akan terbuang begitu sahaja dan kita telah mensia-siakan umur kita. Dengan Zikrullah, umur dapat dimenfaatkan dan kita sentiasa berada di dalam lindungan dan rahmatNya.

JaLaN Ke SyurGa PEnuH Duri

 "Perjalanan ke syurga dilingkungi dengan duri dan onak. Manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. Demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad saw. mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia.  Syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh. Neraka pula tempat azab keseksaan disediakan untuk mereka yang beramal tholeh (kejahatan).  Untuk melayakkan diri ke syurga, seseorang itu mestilah menempuh banyak ujian seperti melaksanakan suruhan Allah dan rasul serta menjauhi laranganNya. Kesemua ini memerlukan semangat dan kekuatan yang bermula dari keimanan kepada Allah. Sudah tentu untuk mengerjakan solat, puasa, haji dan amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka yang beriman. Sebab itulah Nabi mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan.  Bukan mudah untuk masuk ke syurga. Kita kena bermujahadah atau berjuang melawan nafsu untuk melakukan kebaikan.  Syaitan dan nafsu memang menyuruh kita berbuat kejahatan dan tidak menggalakkan kita melakukan kebajikan. Jika kita turutkan kehendak syaitan sudah tentu kita tidak mampu melakukan sebarang kebajikan.  Sebaliknya jalan ke neraka amat mudah kerana dikelilingi dengan kehendak syahwat. Semua manusia memang cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. Syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu. Amat mudah melakukan kejahatan.   Nah, di depan kita terbentang dua jalan. Terpulang kepada kita jalan mana untuk diikuti. Tepuk dada dan tanyakan iman - bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu.  Betapa tak susah masuk syurga? Dalam satu keterangan dinyatakan: orang jahil semuanya binasa kecuali yang berilmu. Orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal. Orang beramal semuanya binasa kecuali yang ikhlas. Untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang. Ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya orang yang lasak saja berjaya sampai ke mercu.   Kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. Malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan dibelanjakan secara Islamik.    Semua manusia inginkan hidup senang. Kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat kekal abadi. Orang yang bijak sudah tentu memilih kesenangan yang hakiki bukan yang bersifat sementara. Hanya orang yang cetek akal saja memilih kesenangan dunia dan mengenepikan kesenangan akhirat.   Syaitan selalu membisikkan kepada kita tentang amal kita yang banyak walaupun baru sikit benar. Kita gembira apabila dipuji manusia. Timbul rasa ujub dan riak yang memusnahkan pahala. Kita tak perasan kita sebenarnya berdosa sebaliknya menyangka kita masih beramal soleh. Kita mesti mengawas dari serangan penyakit batin seperti ria, ujub, bongkak, sombong, dengki yang kesemuanya merosakkan amalan. Di sini peranan ilmu tasauf yang perlu kita pelajari dan dalami.  Perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang ketaatan, Allah sudah terlebih dulu mendahului dan mengingati kita. Kalau Allah tak gerakkan kita untuk beramal, kita tak akan beramal. Ini maknanya Allah mendahului kita. Jangan sangka kita yang beramal, sebenarnya Allah menggerakkan kita beramal. Jadi soal pahala tak timbul. Sepatutnya kita bersyukur kerana Allah gerakkan kita beramal.  Bagaimana kita mahu mendabik dada tentang amalan kita? Saidina Ali yang sudah dijamin masuk syurga pun mengeluh kerana bimbang kurang amalan sedangkan perjalanan ke syurga amat jauh. Saidina Ali memang terkenal dengan zuhud dan banyaknya melakukan amal ibadat. Bagaimana dengan diri kita? Saidina Ali Menggigil mengenangkan bekalan yang sikit untuk perjalanan ke akhirat yang jauh.  Kesimpulannya kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini Allah mengampun dan meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan hanya di akhirat. Seseorang tidak diberi pahala jika tidak bersusah-payah menempuh dugaan dan cabaran.   Ingat sekali lagi pesanan Nabi saw "Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat."  Oleh itu, utamakanlah kepayahan kerana itu jalan ke syurga. Jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat kerana itu jalan ke neraka. Wallahu 'Alam.

Jan 13, 2011

AddEN Itu NasiHAt


Rasulullah saw bersabda dalam satu hadis riwayat Muslim, dari Abu Ruqaiyah bin
Aus adDari:
"AdDeen (Agama) itu adalah nasihat. Kami bertanya: Untuk siapa? Rasulullah
menjawab: untuk Allah, kitabNya, rasulNya, kepada semua pemimpin orang Islam dan
kepada semua orang Islam".
Dari hadis di atas, jelaslah Rasulullah menghubungkan Deen atau ugama dengan
nasihat (peringatan). Amalan nasihat menasihati menjadi asas kepada ugama kita.
Adalah menjadi tanggungjawab setiap orang Islam untuk memberi nasihat
dan mendengar nasihat dan peringatan.  Ini yang membezakan antara seorang Muslim
dari bukan Muslim.
Banyak ayat-ayat alQuran menyuruh kita supaya melaksanakan amalan ini. Maksud
firman Allah dalam surah AzZariyat ayat 55:
"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanafaat
bagi orang-orang yang beriman."
Tetapi ada segolongan manusia yang tidak suka diberi peringatan atau menganggap
peringatan itu sebagai "offensive" atau mengganggu "private life" mereka.
Mereka menganggap orang yang memberi peringatan itu adalah pengacau. Jika mereka
melakukan sesuatu mungkar, mereka akan menjauhi orang lain kerana takut diberi
peringatan tentang kesalahan yang dilakukan.
Golongan ini dinyatakan oleh Allah:
"dan orang-orang yang celaka (kafir) akan menjauhinya, iaitu orang yang akan
memasuki api yang besar (neraka)."
Mereka adalah orang-orang yang telah menutup pintu hati mereka dengan berbagai
prejudis and tidak berani untuk menghadapi kebenaran. Untuk golongan ini, Allah
memberi amaran:
"Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka,
Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila
mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami seksa
mereka dengan tiba-tiba, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa (They were
plunged into destruction with deep regrets and sorrows)". (maksud surah
An'aam:44)
Oleh itu marilah kita berdoa kepada Allah supaya dibukakan hati kita untuk
menerima segala nasihat dan peringatan yang baik supaya kehidupan kita sentiasa
mendapat bimbingan dariNya, sehinggalah sampai masa kita menemuiNya.









 
© 2009 | mUjAhidAh SoLeHah | Por Templates para Você | This template is brought to you by : allblogtools.com